Saturday, April 21, 2007

Maafkan Mama sayang....kalau Mama salah..


Semalam bila nak jiran memberitahu, anak ke 3 saya telah diturunkan darjat.. dari kelas bijak ke kelas tercorot, saya rasa terlalu kecewa dan marah.. kenapa? why? why?.. sebab yang ibunya ini faham dia bukanlah tergolong dalam ketegori bodoh.. tak reti.. sbb dia dalam kelas terbaik!.. terlalu lekakah dia.. terlalu malaskah dia.. sepanjang persekolahan dari tadika hingga sekarang ( thn. 5 ) perkara yang sering dibangkitkan adalah kerja sekolah yang tak siap, buku latihan yang tidak kemas..tertinggal.. bila masa peperiksaan.. dia tidaklah corot.. ada juga kelibat A's dalm keputusan.. science selalunya A, math B, cuma pendidikan islam sedikit corot D, itupun kerana tak reti baca Jawi.. puas ngajar.. tapi ttp tak reti.. kecewanya saya...

Sebelum saya melelapkan mata, saya menangis dan cuba mengenang apa salah saya terhadap anak ini.. kerana 2 abangnya tak lah sampai begini jadinya.. walaupun sederhana, tapi tetap membanggakan ibunya.. kenapa bila selalunya soalan-soalan spontan yang mama selalu buat sewaktu santai tentang apa saja subjek mereka ( everage ) dia yang terpantas menjawab.. kini begitu tercorot.. apa salah mama? Aduhai.. pada siapa saya nak mengadu..

Lalu.. subuh tadi, selepas solat subuh, saya panjatkan doa kepada Yang Esa.. dengan menangis didepannya.. meletakkan tangan kasih ibu ini di atas kepalanya, dia pun turut menangis hingga basah telekung saya, dengan khudus saya memohon kehadhrat ilahi supaya diubah sikapnya yang alpa, yang leka, yang tidak mengapa.. kepada yang lebih peka, yang lebih waspada terhadap masa depannya.. yang entah bagaimana.. kerana saya ( ibunya ) tidak punya apa-apa untuk diwariskan padanya

2 comments:

hayat said...

Norr! doa kan kesejahteraan anak2 selalu...jangan di marahi pada kegagalan mereka tapi berikan bimbingan dan galakan...kita sebagai ibu ada kalanya leka dan terlalu inginkan sesuatu yg terbaik dari anak2...yg membuatkan anak2 rasa terbeban.Give them a full support...setiap seorang anak2 kita tak sama...masing2 ada kelebihan sendiri.

Panjatkan doa ke hadrat Illahi semoga anak2 berjaya...

Iskandar Ab. Rashid said...

Betul kata Hayat tu. Bagi dia guideline. Anak saya pun dulu tak dapat baca jawi.

Petang-petang saya ajak dia baca sama-sama. Walaupun dah tahun 5, saya guna buku bacaan aras tadika. Bila dah mengenal, saya mula buka buku yang lebih tinggi. Sekarang alhamdulillah dah OK.

May be Nor boleh start dengan satu muka surat satu hari.

Pasal turun kelas tu, tak jadi masalah. Monitor aje dia secara remote. Jangan marah. Tanya because you care, bukan because you are angry. InsyaAllah, Nor akan dapat kesan perubahannya.